Project Description

Bagaimana cara nak masak Sambal Bilis dan Tempe?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Bilis dan Tempe

Bagaimana cara nak masak Sambal Bilis dan Tempe?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket tempe
  •  1 cawan ikan bilis 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
    (Semua cili kering, bawang besar & bawang putih dikisar bersama)
  • 1 sudu makan jus limau ataupun cuka 
  • ½ cawan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Tempe dipotong kecil dan digoreng garing. Angkat dan 
      ketepikan. 
    2. Kemudian gorengkan ikan bilis pula sehingga garing. Angkat dan 
      ketepikan. 
    3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan masukkan jus 
      limau ataupun cuka. 
    4. Masukkan garam dan gula. 
    5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ikan bilis dan tempe tadi. 
    6. Gaul rata dan angkat dari kuali.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.