Sambal Ayam Pesona

Resipi ini saya cipta sendiri… harap-harap anda akan dapat mencubanya…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Ayam Pesona

Resipi ini saya cipta sendiri… harap-harap anda akan dapat mencubanya…

BAHAN-BAHAN

  • 1.5kg isi ayam
  • Bahan dikisar:
  • *7 ulas bawang putih
  • *6cm kunyit hidup
  • *6cm halia
  • *7 ulas bawang merah
  • —————————————-
  • 2 – 3 sudu makan cili boh atau cili kering
  • 2 batang serai dihiris halus
  • 6cm lengkuas dihiris halus
  • Goreng tanpa minyak dan dikisar halus:
  • *1 sudu makan jintan manis
  • *1 sudu makan ketumbar
  • ————————————————-
  • Sedikit belacan
  • 1 cawan kelapa parut ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit cili hidup merah dan hijau dipotong mengikut kesukaan
  • Sedikit daun limau purut dihiris halus dan sedikit daun kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis daun pandan dan bahan yang telah dikisar bersama cili kering/cili boh, serai, lengkuas dan belacan hingga masak dan naik bau.
  • Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar, digaulkan sebati.
  • Masukkan kelapa parut tadi dan digaulkan rata.
  • Masukkan santan tadi dan digaulkan rata.
  • Tambahkan air jika perlu. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan digaulkan rata.
  • Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dihiris tadi dan cili hidup. Angkat dan boleh disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago