Apricot Roll

Olahan dari pelbagai resipi dan teknik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apricot Roll

Olahan dari pelbagai resipi dan teknik.

BAHAN-BAHAN

  • 120 ml air
  • 200 g tepung roti
  • 50 g tepung halus/tepung kek
  • 30 g telur
  • 20 g mentega
  • 20 g lemak sayur
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 40 g gula halus
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh yis
  • 1/2 camca teh penaik roti (‘bread improver’)
  • 1/2 camca teh pelembut roti
  • 1/2 cawan aprikot kering, dicincang halus
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan kesemua bahan mengikut urutan ke dalam mesin pembuat roti, kecuali aprikot. Pilih tetapan untuk doh dan ‘on’kan. Bila mesin berbunyi untuk kali pertama, masukkan cincangan aprikot dan biar hingga doh siap (kurang lebih 1 jam 30 minit).
  • Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuangkan udara. Rehatkan 10 minit. Tabur sedikit tepung di atas permukaan papan pencanai. Ambil doh tadi dan bulat-bulatkan. Canai hingga memjadi satu bulatan berdiameter 14 inci. Bahagikan kepada 8 bahagian yang sama besar. (seperti dalam gambar)
  • Dengan cermat gulung perlahan dari luar ke dalam (dari bahagian besar hingga ke bucu yang tajam). Alihkan ke dalam dulang yang telah disapu sedikit mentega. Biarkan naik kurang lebih 35 – 40 minit.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan dengan mentega sejurus roti dikeluarkan dari oven. Rupa dan gaya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago