Bagaimana cara nak masak Sambal Ayam Bunga Kantan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Ayam Bunga Kantan

Bagaimana cara nak masak Sambal Ayam Bunga Kantan?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 kg ayam (dipotong kecil) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya 
  • 1 labu bawang besar (dihiris) 
  • 2 kuntum bunga kantan (dihiris halus) 
  • 4 biji limau kesturi (diambil jusnya)
  • Bahan B (Dikisar)
  • 10 biji cili merah 
  • 15 biji cili padi 
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris) 
  • 10 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
    1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. 
    2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak sahaja. Tuskan dan ketepikan. 
    3. Tinggalkan separuh minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak. 
    4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, bawang besar, bunga kantan, jus limau kesturi, dan garam. Gaul sebati. 
    5. Sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN