Resepi paling mudah nak buat salad yang sedap dan lemak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Salad Tuna
Resepi paling mudah nak buat salad yang sedap dan lemak.
BAHAN-BAHAN
- 1 biji salad disiat kecil kecil
- 1 batang timun dihiris sederhana nipis
- 1/2 batang lobak merah disagat halus
- 2 biji tomato besar atau 4 biji baby tomato
- 1/2 biji bawang besar dihiris halus
- 1/2 batang cili merah dihiris halus – buang biji
- 1/2 biji lemon
- 1/2 tin tuna
- 4 sudu besar mayonis
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali mayonis dan lemon.
- Masukkan isi tuna dan gaulkan semua bahan dengan mayonis.
- Perahkan lemon.
- Sedia dimakan begitu sahaja atau dengan nasi atau roti.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.