Pencuci mulut yang ringkas, murah dan menyelerakan! (Ada yang panggil puding sagu kalau tak silap).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sagu Karamel

Pencuci mulut yang ringkas, murah dan menyelerakan! (Ada yang panggil puding sagu kalau tak silap).

BAHAN-BAHAN

  • Untuk sagunya:
  • 120g sagu
  • 370ml air
  • Untuk karamelnya:
  • 80g gula halus
  • 100ml air
  • Sehelai daun pandan disimpul (jika suka)
  • Untuk bahagian atasnya: 100ml susu cair / 100ml santan pekat + sedikit garam (kalau guna santan, boleh dididihkan terlebih dahulu)
  • Nota: sukatan untuk karamel dan susu/santan tu boleh ditambah (atau dikurangkan), sebab sesetengah orang tu suka letak susu & karamel banyak..
CARA PENYEDIAAN
  • Buat karamel macam biasa iaitu dengan cara yang sama buat gula hangus (tambah daun pandan supaya wangi). Bila dah siap karamel, sejukkan dulu samada dalam mangkuk atau terus ke dalam setiap bekas/gelas (dalam 2 sudu besar atau ikut saiz bekas).
  • Masakkan sagu + air hingga masak (warna kejernihan). Bila dah masak, tutup api dan masa tengah lembik tu, masukkan dalam bekas/gelas yang berisi karamel tadi dan tuangkan pula susu cair di atasnya. Boleh dihidangkan sejuk atau begitu sahaja (tapi kebiasaannya yang sejuk lagi sedap).
  • Cadangan hidangan (semasa rumah terbuka & sebagainya):- Sagu yang dimasak diletak dalam mangkuk besar macam Pyrex tu ke (ratakan bahagian atas supaya nampak cantik) dan sediakan senduk kecil (untuk tetamu cedok). Letakkan karamel dalam satu bekas (beserta dengan sudu besar) dan susu cair dalam teko kecil, serta sediakan mangkuk kecil & sudu kecil (untuk tetamu guna bila nak makan manisan ni). Mudah dan boleh dapat banyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN