Lagi satu cara menarik minat kanak-kanak untuk makan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rumah Kecil Pintunya Satu

Lagi satu cara menarik minat kanak-kanak untuk makan.

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping roti sandwich (digelekkan nipis)
  • 1 batang sosej ayam (dihiris bulat dan nipis)
  • Sedikit cendawan butang (dihiris nipis)
  • Sedikit nenas dalam tin (dicincang)
  • Sedikit parutan keju
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • Sedikit marjerin
  • Sedikit mayonis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis bawang dan masukkan sosej, cendawan dan nenas. Kacau sebentar. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Sekeping roti dipotong segi tiga sementara yang 2 keping lagi dibiarkan dalam bentuk empat segi.
  • Letakkan isi sosej tadi di atas roti. Taburkan keju parut dan telangkupkan roti di atasnya. Kemaskan setiap hujung yang terbuka dengan sedikit air sehingga bercantum.
  • Gliskan dulang pembakar dengan marjerin. Celupkan roti yang telah siap diintikan tadi kedalam telur. Letakkan di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius hingga keemasan. Keluarkan dari ketuhar. Hiaskan dengan mayonis. Bolehlah dihidangkan.
  • NOTA : Boleh digoreng secara minyak penuh. Tetapi awas, jangan gunakan api yang terlalu kuat supaya roti anda tidak cepat hangus. Celupkan sudip dalam minyak, letakkan roti di atas sudip dan rendamkan roti dalam minyak yang panas di atas api yang kecil. Jangan biarkan roti anda jatuh ke dasar kuali untuk mengelakkan ianya pecah. Goreng hingga keemasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN