Biasanya kalau nak buat telur mata kerbau saya gunakan acuan bulat egg ring tu. tapi telur selalu melekat dekat egg ring. Jadi ni salah satu cara untuk buat telur yang senang nak handle. siap roti lagi 2 dalam 1 :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti toast telur mata kerbau special

Biasanya kalau nak buat telur mata kerbau saya gunakan acuan bulat egg ring tu. tapi telur selalu melekat dekat egg ring. Jadi ni salah satu cara untuk buat telur yang senang nak handle. siap roti lagi 2 dalam 1 :)

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur gred C
  • 2 keping roti sandwic (pastikan jenis yg agak kering sikit, yang nak expire pun boleh)
  • 1 sudu besar butter/minyak
  • Lada/garam untuk perasa
  • Acuan terap (5 cm atau lebih), atau guna egg ring atau cawan pun boleh
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan butter dalam pan, panaskan hingga cair, alirkan ke seluruh bahagian pan supaya telur tak melekat nanti.
  • Terap roti dengan acuan terap, atau gunakan tudung cawan sebagai panduan dan potong bulatan menggunakan pisau. Letakkan roti berlubang itu di atas pan.
  • Toast roti itu di atas pan, biar ia serap butter tadi. Ia akan lembut sedikit. Balik-balikkan setiap seminit, hingga ia kering semula.
  • Pastikan pan benar-benar panas (test dengan telur putih, letak setitik terus masak). Apabila cukup panas, masukkan telur ke dalam lubang roti tadi. Hati-hati jangan melimpah!
  • Tunggu sehingga telur masak mengikut kesukaan anda. Saya suka tunggu hingga telur putih masak seperti jeli putih tetapi telur kuning masih cair. Kalau anda suka telur masak penuh, pada waktu ini boleh terbalikkan cepat-cepat dan masak lagi seminit.
  • Tabur sedikit lada dan perasa pilihan anda ke atas telur, dan boleh dihidang. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN