Daripada emak mertua.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Telur
Daripada emak mertua.
BAHAN-BAHAN
- Bahan untuk doh boleh diambil dari roti canai (guna setengah adunan sahaja)
- 3 biji telur – digoreng hancur separuh masak (macam telur hancur) bersama sedikit garam
- 2 biji kentang saiz sederhana – rebus dan lenyekkan sedikit
- 1 tangkai cili merah – dihiris nipis
- Sebiji bawang besar dihiris nipis
- Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Canaikan doh hingga lembut dan liut. Kalau mahu senang canai guna mesin pembuat roti. Bila siap canai, matikan mesin, bahagikan doh kepada 5-6 bahagian…bulat-bulatkan dan rendam di dalam minyak sekurang-kurangnya 1 jam dan seelok-eloknya semalaman. Kalau mahu hasil doh yang lebih baik dan elastik, boleh gunakan tepung roti.
- Campurkan telur, kentang, bawang dan cili merah di dalam satu mangkuk.
- Tebarkan doh roti yang telah sedia untuk digunakan…kalau anda hebat, boleh juga tebar macam mamak…tapi kalau anda tidak biasa boleh saja guna cara saya dengan menarik-narik tepung di atas sebuah pinggan lebar/dulang…pastikan adunan tepung tidak koyak.
- Letakkan campuran telur, kentang, bawang dan cili tadi di tengah-tengah adunan yang telah ditebar…percikkan sedikit minyak atau mentega di atasnya dan lipat tepung menutupi semua permukaan campuran telur tadi seperti melipat kain.
- Panaskan kuali dengan sesudu minyak…goreng roti telur tadi hingga kekuningan…ulang proses yang sama hingga selesai kesemua 6 bahagian.
- Enak dimakan bersama kuah kari yang banjir. Kali ini saya makan bersama kari ikan salmon…cubalah!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.