Cara nak buat biskut florentine ini sangat mudah, korang hanya perlu mengikut cara yang betul sahaja. Nak buat untuk dihidang semasa raya sangat sesuai, sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Izatti Hamid di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BISKUT FLORENTINE

Cara nak buat biskut florentine ini sangat mudah, korang hanya perlu mengikut cara yang betul sahaja. Nak buat untuk dihidang semasa raya sangat sesuai, sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Izatti Hamid di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 500 gram golden florentina

  • 250 gram kacang almond

  • 250 gram biji labu hijau

  • 250 gram biji bunga matahari

  • 100 gram biji bijan hitam

Kredit : Izzati Hamid

CARA PENYEDIAAN
  • Goreng kekacang atas dapur atau bakar dahulu kekacang selama 5 minit.

  • Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.

  • Masukkan dalam cup muffin. Buat tebal-tebal sikit.

  • Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan.

  • Siap dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.