Diambil dari www.recipezaar.com. Hanya memerlukan tepung gandum tapi tetap lembut, gebu dan lembap gitu~ (gambar diatas buat separuh adunan je). Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2009/11/projek-tengah-malam-roti-untuk-sarapan.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Putih (White Bread)

Diambil dari www.recipezaar.com. Hanya memerlukan tepung gandum tapi tetap lembut, gebu dan lembap gitu~ (gambar diatas buat separuh adunan je). Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2009/11/projek-tengah-malam-roti-untuk-sarapan.html

BAHAN-BAHAN

  • 1C air, suhu bilik
  • 1 sk garam
  • 1 sb madu
  • 3C tepung serbaguna @ tepung gandum
  • 1/4C susu tepung
  • 2 sk gula
  • 1 1/2 sk yis
  • 3 sb margarine
CARA PENYEDIAAN
  • Breadmaker:
  • Campur semua bahan ke dalam breadmaker.
  • Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluarkan angin. Bentukkan bentuk roti loaf, letak dalam loaf pan.
  • Biarkan naik 2kali ganda lebih kurang 40min.
  • Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada bahagian tengah, 175C selama 25-30min.
  • Sejukkan atas redai sebelum dipotong.
  • Mixer/Uli dengan tangan:
  • Dalam bekas, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.
  • Buat lubang ditengah-tengah dan tuangkan air ke dalam adunan.
  • Uli sampai doh tak melekat di tangan/dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.
  • Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.
  • Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukkan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine. Perap 40min sampai naik 2kali ganda.
  • Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.
  • Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN