Resepi senang yang boleh diubah suai untuk menetapi kesukaan sendiri.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Pita Dengan Daging
Resepi senang yang boleh diubah suai untuk menetapi kesukaan sendiri.
BAHAN-BAHAN
- 3 ulas bawang putih dipotong kecil
- 1 bawang besar dipotong kecil
- 4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil
- 200g daging (atau ayam) kisar
- 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
- 2 sudu besar sos tomato
- 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
- Kubis dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
- Serbuk lada secukup rasa
- 4 roti pita
CARA PENYEDIAAN
- Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.
- Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan.
- Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.
- Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.
- Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada bahagian dalam roti pita tersebut.
- Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak mengoyak roti pita itu.
- Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.
- Nota:
– Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging tersebut. Tetapi harus dipotong kecil.
– Keju juga boleh diletakkan untuk menjadikannya lebih sedap.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.