Roti naan biasa dibakar di dlm oven khas atau oven biasa,tapi roti naan ini digoreng di dlm minyak terendam tetapi rotinye tidak berminyak…sedap dimakan dgn apa saja lauk pilihan….selamat mencube dan Salam Ma’al Hijrah….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Roti Naan Goreng™

Roti naan biasa dibakar di dlm oven khas atau oven biasa,tapi roti naan ini digoreng di dlm minyak terendam tetapi rotinye tidak berminyak…sedap dimakan dgn apa saja lauk pilihan….selamat mencube dan Salam Ma’al Hijrah….

BAHAN-BAHAN

  • 500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) – diayak(akak gune tepung gandum)
  • 2 sk baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml air- (10 sb)
  • 3 sb susu manis
  • minyak masak untuk goreng terendam
CARA PENYEDIAAN
  • Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
  • Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
  • Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
  • Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
  • Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
  • Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
  • Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
  • Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN