Roti berinti krim coklat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Krim Coklat
Roti berinti krim coklat.
BAHAN-BAHAN
- Doh Roti:
- 140ml air
- 20g telur
- 250g tepung roti
- 20g gula
- 4g garam
- 25g mentega
- 3g (1 sudu kecil) yis kering
- 8g susu tepung
- Krim Coklat:
- 40g coklat
- 300g susu segar
- 40g gula
- 30g tepung jagung
- 12g mentega
- 18g serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam mesin pembuat roti. Pilih menu untuk buat doh. ‘ON’kan.
- Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
- Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
- Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
- Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
- Ambik satu doh roti, gentel memanjang lebih kurang 25-30 cm.
- Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan mentega. Buat sampai habis.
- Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit. Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
- Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan mentega cair atau suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
- Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan paipkan krim coklat tadi ke dalam roti.
- TIP: Kalau tak nak buat bentuk ni pun takpe.. boleh buat bentuk bulat dan letak krim coklat di dalam.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.