cepat dan mudah serta mengenyangkan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti John Sardin

cepat dan mudah serta mengenyangkan

BAHAN-BAHAN

  • Roti John (ikut bilangan keluarga) – jika 5 orang 5 buku roti
  • Sardin tin kecil
  • *1 biji bawang besar potong dadu
  • *1 biji bawang putih dicincang.
  • *lada merah buang biji dan cincang dadu.
  • 1camb kicap pekat manis (saya guna cap kipas udang)
  • 1/2 biji limau kasturi (perah ambil airnya.)
  • Garam dan gula jika suka.
  • kobis hiris halus & timun potong nipis / salad jika suka.
  • mayonis dan sos secukupnya.
  • Serbuk lada hitam jika suka
  • Sos lada hitam jika suka.
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Telur secukupnya ~ 5 @ 6 bji di kocok sedikit
  • sedikit mejerin
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehinbgga wangi .
  • Masukkan sardin, kicap, lada cincang, perahan limau kasturi, garam dan gula jika suka. Kacau rata dan hancurkan sardin macam nak buat sandwic.
  • Angkat dan masukkan telur yang telah dikocok tadi gaul rata.
  • Roti John dibelah dua tanpa putus.
  • Dalam kuali lain (seeloknya kuali non stik dan leper cam nak buat roti jala) panaskan dan bubuh sesudu majerin ratakan atas kuali.
  • Tuangkan bancuhan sardin tadi rata lebih kurang dua sudu besar ratakan saiz roti john.
  • Tekapkan ke atas telur tadi segera (api sederhana )
  • Terbalikkan dan angkat.Seterusnye step yang sama sehingga habis roti dan bancuhan telur ikut permintaan.
  • Seperti biasa masukkan kobis cincang, timun @ salad dan picitkan sedikit sos cili @ sos lada hitam, mayonis. Tutup tangkup roti John dan boleh di makan segera..emmm.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN