resepi ubah suai sendiri..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti John Bonda

resepi ubah suai sendiri..

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji roti frankfurter (belah dua-tp jgn belah habis)
  • 200gm daging lembu–dipotong dadu dan dibersihkan (guna daging cincang pn bleh,tp guna daging biasa/fresh lg best)
  • 3 ulas bawang puting–dihiris
  • 2 sudu besar kari daging
  • 3 biji telur
  • kobis dan lobak merah–dihiris nipis (terpulang nk byk mana,klu suka sayur letaklah byk2..hehe)
  • 3 helai daun sup–dipotong halus
  • mayonis
  • sos cili
  • sedikit marjerin utk disapu pd roti dan untuk memasak isi roti john
  • garam secukup rasa
  • 1/2 kuib ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam –bg yg tak suka pedas,taknk letak pn leh
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan daging yg dah dicuci tadi dn bawang putih ke dalam blender..blender hingga daging & bawang putih hancur dan sebati..
  • Masukkan campuran daging yg telah dikisar td kedlm bekas,gaulkan bersama 2 sudu kari..tambahkan kuib ayam dn sedikit garam setelah sebati,tutup bekas dan perap selama 1 jam dlm peti ais..(lg lama perap lg bagus coz daging bertambah lembut)
  • setelah daging diperap,pukul telur hingga sebati dan tuangkan telur kedalam daging yg telah diperap td..letakkan daun sup yg telah dicincang..tambah serbuk lada hitam..gaul sebati
  • panaskan kuali…sementara tu,sapu laa marjerin pd roti dan letak atas pan burger..agak2 kekuningan roti leh la angkat..and letak marjerin sikit atas pan,bila dh panas..lengserkan bancuhan telur dgn daging td pada pan tu..lengser agak2 muat utk letak pd roti..
  • api sederhana je tau..sementara itu terus letak roti td secara terlangkup pd telur n daging yg dh diletak atas pan td,supaya telur n daging melekat trus pd roti..dan gorenglah hingga daging n telur betul2 masak..
  • akhir sekali bila dh masak,angkat roti dan leh laa sapukan roti dgn mayonis,tambahkan kobis n lobak merah..serta cili sos..ok dah siap..sedia dihidang..:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN