Pasti menjilat jari…Roti jala ni spesis manis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Jala Kuah Durian

Pasti menjilat jari…Roti jala ni spesis manis.

BAHAN-BAHAN

  • JALA
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam
  • 4 helai daun pandan dan sedikit minyak.
  • KUAH DURIAN
  • Beberapa ulas durian (ikut suka, lagi banyak lagi sedap.Kalau x banyakpun cukup sekadar ada bau dan rasa durian)
  • 1 cawan santan kepekatan biasa.
  • 1/2 cawan gula pasir (nak lagi manis tambah je)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
CARA PENYEDIAAN
  • Blend 4 helai daun pandan bersama 1 cawan air.Tapis.
  • Air pandan + tepung gandum + garam + 2 cawan air disebatikan (maksu blend je..mudahh).Tapis bimbang berketul.
  • Panaskan kuali leper dan sapukan sdikit minyak ( klu guna non-stick lagi baguih, maksu tak dak)
  • Pandai-pandai le buat jala dgn menggunakan sarang jala yang berlubang-lubang tu..
  • Apabila permukaan atasnya dah kering terus lipat atau gulung, tak perlu dialih.Angkat.
  • Ramas ulas durian untuk dapatkan isinya.
  • Isi durian + santan + air + garam + guna + pandan simpul dijerang atas api (maksu masukkan bersekali ngan biji durian..tak beracun pun)
  • Bancuh tpg jagung dgn sedikit air sejuk dan tuahkan dalam kuah tadi,kacau perlahan.
  • Agak-agak dah masak tpg jagung tu n kuah dah pekat bolehlah ditutup api.
  • Tunggu apa lagi, dah boleh makan le..Nak stlye banjir ke nak main celup-celup pun boleh…ikut kegemaran. Dah habis makan roti jala boleh ggit biji durian plak…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN