Paling sedap ni dan mesti cuba! Gambar dari laporan masakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Jala & Kari Ayam

Paling sedap ni dan mesti cuba! Gambar dari laporan masakan.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam
  • Lain-lain: acuan roti jala, kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke… tapi jangan besar sangat lubangnya
  • Kari Ayam:
  • 7 ketul ayam (dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum)
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sejemput asam jawa
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu lada boh
  • 1 biji kentang
  • 1 batang lada hidup
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 cawan minyak untuk menumis
  • Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat di dinding pengisar dihakis supaya semua adunan sekata.
  • Tapis adunan tadi.
  • Panaskan kuali, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing-pusing hingga menjadi jala.
  • Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
  • Ulang langkah tadi hingga habis adunan. Anggaran dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil tu, mari kita masak kari ayam.
  • Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk.
  • Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit… kacau sebentar dan masukkan ayam.
  • Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN