satu lagi resepi tambahan menggunakan DDL.garing semasa panas, tetap lembut walaupun sejuk.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
roti goreng inti karamel
satu lagi resepi tambahan menggunakan DDL.garing semasa panas, tetap lembut walaupun sejuk.
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air suam
- 4 gram yis kering (agak2 dalam 1 sk sukatan metrik)
- 2 sb gula pasir
- 1 sudu makan butter lembut
- dulce de leche secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- masukkan semua bahan kecuali air dan minyak dlm bekas.
- masukkan air sikit demi sikit sambil diuli sehingga terbentuk doh
- uli sehingga betul2 lembut dan doh x melekat di tangan (lebih kurang 15-20 minit)
- bentukkan doh jd bulat besar, tutup dengan tuala basah yg bersih atau plastic wrap.
- buat finger test selepas 45 minit.kalau lubang di tengah2 tu kekal, dh naik la tu.
- bahagikan doh kpd 8 bahagian, bentukkan bulat2, isikan satu sudu kecil DDL, perap lg lebih kurang 30 minit.
- goreng dengan api sederhana sampai garing. tebuk di bahagian tepi doh kemudian boleh la disuntik dengan DDL.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.