Lemak dan bau krimnya yang begitu aroma.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Fresh Cream

Lemak dan bau krimnya yang begitu aroma.

BAHAN-BAHAN

  • 280gm tepung roti
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 90gm krim segar/krim putar
  • 130gm air
  • 3gm yis kering
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan kering ke dalam pengadun.
  • Masukkan krim. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
  • Keluarkan doh dan tumbuk untuk keluarkan angin dan rehatkan doh selama 20 minit sehingga naik sekali ganda.
  • Uli sekejap sekali lagi doh yang direhatkan tadi dan bentukkan sesuka hati.
  • Rehatkan sekali lagi doh tersebut hingga naik 2 kali ganda.
  • Sapukan susu segar atas doh tersebut dan bolehlah dibakar selama 20 minit dalam oven 180 darjah.
  • Bila sudah masak, keluarkan dan sapukan dengan mentega pada permukaan roti tersebut agar ia nampak berkilat dan keraknya lembut.
  • Boleh dihidangkan bersama kaya dan Nescafe panas di waktu petang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN