Isi coklat, rasa sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Chocolate
Isi coklat, rasa sedap.
BAHAN-BAHAN
- Roti:
- 2 cawan tepung roti
- 1 1/2 sudu teh yis kering
- 170ml susu segar (suam)
- 1 sudu kecil garam
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 biji telur, suhu bilik
- 1 sudu besar lemak sayuran
- 1 1/2 sudu minyak sayuran
- Inti:
- 200 gm coklat masakan
- 2 1/2 sudu besar mentega
- 4 sudu tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
- Roti: Masukkan kesemua bahan bahan roti ke dalam mesin kemudian tekan butang ‘on’. Tunggu sehingga doh siap dan keluarkan. Buat bentuk bulat kecil.
- Inti: Teknik ‘double boiler’ – masukkan coklat dan kacau sehingga cair. Masukkan mentega, kacau sehingga mentega dan coklat sebati. Angkat dari dapur dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jika adunan cair atau lembik sangat, tambahkan sedikit tepung.
- Ambil doh yang telah dibahagikan beberapa bahagian kemudian isikan inti di dalamnya, tutup kembali rapat agar inti tidak keluar dan masukkan dalam dulang. Jarakkan 1 1/2 inci satu sama lain kerana doh ini akan naik 2 kali ganda sehingga selama sejam.
- Selepas itu, baru boleh dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20-35 minit. Siap untuk disantap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.