kepada penggemar roti cheese. roti ni tak manis langsung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Cheddar

kepada penggemar roti cheese. roti ni tak manis langsung.

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu makan yis kering
  • 250ml susu suam – panaskan dlm microwave selama 1 minit
  • 30gm butter
  • 420gram tepung roti
  • 2 sudu kecil garam
  • 100 gram cheddar cheese yang diparut
  • Bahan untuk taburan atas roti
  • sedikit mentega cair
  • gula
  • cheddar cheese yang diparut
CARA PENYEDIAAN
  • Campur yis dan susu. Kacau dan biarkan yis larut.
  • Cairkan butter dan sejukkan. Campurkan butter cair ke dalam campuran susu dan yis tadi.
  • Campur tepung dan garam. Letak dalam satu bekas dan buat lubang di tengahnya. Campurkan campuran yis tadi ditengahnya. Uli hingga doh kasar terbentuk. Kalau doh rasa kering, campur 2-3 sudu makan air.
  • Uli dough lagi sehingga dapat doh yang licin permukaannya dan elastik. Tutup bekas dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  • Bila doh sudah naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk buang angin di dalamnya. Ratakan permukaan doh dan letak cheddar cheese diatasnya. Uli sehingga keju tadi agak serata dalam doh.
  • Bulat-bulatkan doh. Lebih kurang 60gram setiap doh. Sapu mentega pada bekas bersaiz 8inchx8inch. Note: Boleh guna apa-apa bekas dan buat apa-apa bentuk.
  • Biarkan doh naik 2 kali ganda. Bila doh naik 2 kali ganda, panaskan oven pada suhu 400F/200C. Bakar selam 10 minit. Turunkan suhu kepada 375F/190C. Sapukan marjerin pada atas roti dan bakar selama 25-30minit lagi. Jika permukaan roti nampak terlalu coklat, tutup dengan aluminium foil.
  • Pada 5 minit terakhir, sapu mentega lagi pada atas permukaan roti, taburkan cheddar dan gula diatasnya. Tutup dan teruskan pembakaran.
  • Selesai membakar, keluarkan roti dari oven letas atas redai. Bolehlah makan.
  • Tips: Untuk uji roti dah betul masak, tepuk bawah roti. Jika berbunyi kosong atau “hollow”, maknanya roti anda betul-betul sudah masak.
  • Selamat Mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN