my hubby favourite
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Rojak kacang
my hubby favourite
BAHAN-BAHAN
- 1/2 batang timun
- 1 biji buah sengkuang
- 3 keping tauhu (digoreng dan di tos )
- 1 cawan kacang tanah ( goreng dan tumbuk kasar )
- 1 sudu besar gula merah *
- 1 sudu besar gula pasir *
- 1/2 sudu kecil garam *
- 7 tangkai cili kering ( dibuang biji dan goreng sekejap ) *
- 2 sudu besar sos cili *
- 1/2 biji bawang besar *
- 1 cawan air suam *
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan timun dan sengkuang. Cuci bersih dan dipotong nipis2 ikut kesesuaian individu. Potong tauhu yg telah digoreng dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah rojak, kisar bahan2 bertanda * sehingga hancur. Masukkan ke dalam mangkuk kuah.
- Gaul bersama kacang tanah yg sudah ditumbuk kasar tadi. Bolehlah dirasa kuah rojak tadi dan tambah perasa, garam atau gula ikut citarasa masing2.
- Bolehlah dihidang bersama nasi panas atau di makan begitu sahaja.
- “SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA”
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.