makanan tradisional org terengganu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rojak Betik

makanan tradisional org terengganu

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
  • 1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
  • 2 biji timun
  • BAHAN UTK KUAH
  • 9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
  • 5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
  • 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap
  • 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 liter air
CARA PENYEDIAAN
  • Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td
  • Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.
  • Utk membuat kuah:
  • Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
  • Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
  • Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
  • Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
  • Utk. menghidang:
  • Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
  • Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN