resipi asal roasted chicken

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roasted Beef

resipi asal roasted chicken

BAHAN-BAHAN

  • 1 Kilo daging pinang
  • 4 biji kentang
  • 5 biji bawang besar
  • serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • olive oil
  • 1 buku butter (potong kepada kepingan)
  • minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Daging dibersihkan dan tos. Kemudian sapukan seluruh permukaan daging dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  • Bawang besar dibelah separuh kepada 4 bahagian (jangan sampai bawang terbelah habis) agar masak nanti berbentuk seperti bunga (seperti dalam gambar). kentang dibuang kulit dan dibelah 4. basuh dan toskan. kemudian gaul bawang besar dan kentang dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam
  • Letakkan daging, bawang besar dan kentang kedalam loyang kemudian lumurkan dengan olive oil dan gaul sebati. Tuangkan minyak masak sehingga separuh loyang dan letakkan butter ke atas permukaan.
  • Letakkan loyang ke dalam oven tray. Masukkan air panas/ suam ke dalam oven tray. Bakar dengan suhu 200 degree selama 2 jam hingga 2 ½ jam atau sehingga masak/empuk bergantung pada oven masing². sentiasa balik balikkan daging setiap 15 -20 minit supaya daging masak rata.
  • Bila dah masak. Hiris daging kepada kepingan dan masukkan kembali ke dalam loyang tadi dan masak selama 10-15 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah siap bolehlah dihidang. Asingkan minyak dengan hampas lada hitam. Siramkan hampas lada hitam ke atas daging. sedap dimakan dengan salad, whipped potato dan sos mint atau sos gravy.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN