Resipi ini dari Kak Noor Hannah. Ramai yang telah mencuba dan puas hati dengan hasilnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rich Chocolate Moist Cake

Resipi ini dari Kak Noor Hannah. Ramai yang telah mencuba dan puas hati dengan hasilnya.

BAHAN-BAHAN

  • 6 oz (170.1gm) mentega
  • 14 oz (396.9 gm) gula castor
  • 3 biji telur ayam
  • Bahan-bahan ini dibancuh bersama :
  • 1 sudu teh NESCAFE
  • 1 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh coklat atau kopi EMULCO atau coklat / pes kopi
  • Bahan-bahan ini diayak bersama :
  • 8 oz (226 gm) tepung gandum
  • 2 1/4 oz (63.8 gm) serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • ##
  • 7 oz air sejuk – air dalam peti ais
  • Bahan untuk Topping :
  • 1 tin susu pekat – boleh kurangkan jika takut manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Menggunakan pengadun, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan campuran NESCAFE dan esen-esen.
  • Peringkat ini, gunakan ‘whisker’ – masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan ‘whisker’ begini: pegang ‘whisker’ dan pusingkan ‘whisker’ satu arah sahaja perlahan-lahan, dan sambil memusing ‘whisker’ tu, menggunakan jari, putarkan batang ‘whisker’.
  • Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan-lahan – juga gunakan ‘whisker’ perlahan-lahan.
  • Bakar dalam loyang 9″ persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
  • Biarkan sejuk betul-betul sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh lapisan atas.
  • Nota: UNTUK LEBIH MOIST “ Sila kukus kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan lapisan aluminium”.
  • Cara untuk membuat Lapisan Atas – (Hendaklah dikacau setiap masa sehingga selesai) Campurkan susu, koko dan minyak. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan ‘whisker’, kacau sentiasa dengan membuat bulatan (faham ke ni??).3. Masukkan garam dan vanila. Tak perlu menggelegak – nanti hangus, agak-agak je pekat dia. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata-rata. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dalam peti ais.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN