Project Description

Bagaimana cara nak masak Rendang Udang Kering?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Udang Kering

Bagaimana cara nak masak Rendang Udang Kering?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g udang (Saiz besar) 
  • 2 helai daun kunyit (Dihiris) 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 10 biji cili api 
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit hidup
  • (Cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas dan kunyit hidup dikisar bersama)  
  • 1 cawan santan 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan udang dan tuskan airnya. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan daun kunyit bersama bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    3. Masukkan santan, kerisik, asam gelugur, dan garam. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak. 
    4. Masukkan udang, kemudian kacau rata sehingga pekat. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.