Masakan N9.. masakan orang dulu-dulu..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Pucuk Ubi

Masakan N9.. masakan orang dulu-dulu..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 2 ikat (420 gm) pucuk ubi tanpa tangkai, cuci dan toskan
  • Bahan B:
  • 2 cawan santan kotak – kalau guna santan segar lebih sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, banyaklah ‘serdak’nya
  • 5 batang serai, dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • ½ sudu teh kunyit serbuk – jika guna kunyit hidup, kisar sekali dengan Bahan C
  • 1½ sudu teh garam – ikut selera sendiri ya..
  • 2 sudu teh gula – jika suka
  • Bahan C:
  • 6-7 ulas (100 gm) bawang merah
  • 1-2 genggam (50-100 gm) ikan bilis
  • 1 genggam (50 gm) cili padi – ikut selera sendiri ya..
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk/Kisar C.
  • Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam/gulanya (sesedap rasa).
  • Masukkan pucuk ubi (bila masukkan pucuk ubi, akan jadi berair semula) dan masak hingga kering sambil dikacau selalu.
  • Bila siap, hidangkan bersama nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN