Rendang pedas versi emak tersayang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Pedas Ayam Perak

Rendang pedas versi emak tersayang

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam – dipotong besar2
  • 15 – 20 biji cili kering – direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
  • 5 batang serai – dihiris (**)
  • 2 inci halia – dihiris (**)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 10 biji bawang merah – dihiris
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit – saiz sederhana – dihiris halus
  • 300ml santan pekat – dibancuh dengan air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  • Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
  • Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  • Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  • Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  • Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
  • Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN