Di Rembau N9, rendang kerbau mmg hidangan popular mase raya. Dah macam2 resipi rendang kerbau yg akak dah try. Tahun ni, akak try resipi ibu kawan baik akak. Dan yes, inilah d best resipi rendang kerbau yg pernah akak buat. Resipi yg lepas2 xbrape menjadik. So akak paparkn disini untuk dikongsi bersama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Kerbau Rembau

Di Rembau N9, rendang kerbau mmg hidangan popular mase raya. Dah macam2 resipi rendang kerbau yg akak dah try. Tahun ni, akak try resipi ibu kawan baik akak. Dan yes, inilah d best resipi rendang kerbau yg pernah akak buat. Resipi yg lepas2 xbrape menjadik. So akak paparkn disini untuk dikongsi bersama.

BAHAN-BAHAN

  • 5 kilo daging kerbau
  • 4 kilo santan pekat
  • Cili api – ikut pedas masing2
  • Cili kering – ikut pedas masing2
  • 1 cawan kerisik
  • 12 batang serai – dititik
  • Bahan dibawah untuk dirincih
  • 1 1/2 kilo bawang kecik
  • 2 labu bawang putih
  • 1/2 kilo halia muda
  • Bahan yang bertanda # mestilah disangai dan blend halus
  • # 8 paket ketumbar (yg sepeket hargenyer RM0.50 sen)
  • # 2 paket jintan kasar
  • # 1 paket jintan halus
  • 6 batang kulit kayu manis
  • Sedikit buah pala
  • Sedikit bunga lawang
  • 5 keping asam keping (kalau ada asam kulit rambai lebih baik – gunakan 1-2 cawan kulit rambai kering)
  • Dan jangan lupe bahan perasa lain-lain seperti garam, gula dan kalau suke leh la letak pak-aji
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Potong daging kerbau. Potong besar anggaran 1.5″ x 1″ sb daging kerbau sebenarnya lembut dan akan bercerai-cerai bila rendang dah siap. So kalau potong kecik nanti dagingnyer langsung xnampak yg ketul2. Basuh bersih.
  • Cili api dan cili kering diblender lumat.
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan2 yang telah dihiris, serai dan bahan-bahan penumis. Bila dah naik bau, masukkan pula bahan-bahan yang telah disangai dan diblend halus. Kacau hingga naik bau (sehingga wangi satu rumah). hehehe.
  • Masukkan daging kerbau. Kacau dan biar sehingga air daging agak-agak kering baru masukkan santan pekat.
  • Santan dah mengelegak baru masukkan bahan perasa dan kerisik.
  • Pastu hapi waiting. Sambil2 tu kacaulah rendang sehingga rendang kering. Kak ogy masak 5 kilo daging rendang ni selama hampir 6 jam. Mmg lama tapi hasilnyer yummi….. Peringatan : api jangan besar sangat ye. Kang rentung lak rendang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN