Rendang Berhantu

Rendang ini pedas sangat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Berhantu

Rendang ini pedas sangat.

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging lembu/kambing
  • 200ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • Sedikit gula melaka (ikut suka rasa anda )
  • Garam secukup rasa
  • 500g kelapa parut (buat kerisik)
  • Bahan Kisar:
  • 10 biji bawang kecil (bawang besar kurang sedaplah)
  • 20 – 30 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
  • 2 hiris lengkuas (jangan banyak-banyak, nanti pahit)
  • 4 batang serai
  • Rempah:
  • 3 sudu besar rempah rendang
  • 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih (disanggar dan dikisar kering)
  • Daun kunyit/daun limau purut (dihiris halus)
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan semua bahan rempah dan bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan daging dan garam, kacau hingga sebati dengan rempah. Masak hingga daging empuk. (Jika lembu tua atau daging masih liat lagi, masukkan secawan air, masak hingga empuk sedikit).
  • Selepas itu, masukkan santan, gula melaka dan kerisik. Masak hingga santan kering. Barulah taburkan hirisan daun kunyit/daun limau purut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago