Resipi mak mertua. Memang sodap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Rendang Ayam Pencen Daun Puding
Resipi mak mertua. Memang sodap.
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam pencen
- 1 kilo santan pekat
- Cili api (ikut pedas masing2)
- Cili kering (ikut pedas masing2)
- 1 inci kunyit hidup
- 7 batang serai (diblender halus)
- 3 batang serai (dititik)
- Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukupnyer
- Daun puding
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam pencen kene rebus lama.
- Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 – 1 1/2 jam.
- Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
- Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun puding yang telah disiat-siat.
- Ini lah rupa daun puding. Di Kuala Pilah orang panggil daun ni daun puding. Kat tempat lain, kak ogy x pasti ler. Daun ni sedap sangat. Letak banyak pun xpe. Bila dah dimasak, warna daun ni agak hitam dan berkilat.
- Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak. Dah siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.