diolah dari taste of home -sesuai untuk sarapan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Quiche ayam dan bayam

diolah dari taste of home -sesuai untuk sarapan

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan keju cheddar (saya guna Mozarella;itu yg ada kat peti)-bahagi 2 bahagian
  • 1 cawan dada ayam yang dimasak( saya guna 3 batang sosej ayam yg masak)-didadu
  • 1 cawan bayam hijau yang dicelur dan dicincang kasar, dan diperah kering airnya.
  • 1/2 cawan bawang besar dicincang
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu atau 3/4 cawan air campur 3 sudu besar susu tepung
  • 3/4 cawan mayonis
  • 1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam atau secukup rasa
  • *Pastri: 1 kulit pastri yang belum dibakar(9 inch)/ boleh buat sendiri(guna resepi Masterchef Ezani)
  • *2 cawan tepung gandum
  • *170g butter yang sejuk, didadu
  • *secubit garam
  • *5-8 sudu besar air sejuk (dari peti sejuk tau)
CARA PENYEDIAAN
  • Buat doh pastri dulu. campurkan semua bahan pastri kecuali air sejuk. Ramas tepung bersama butter sehingga menjadi seperti bread crumb. Kemudian, masukkan air sejuk 1 sudu satu masa dan uli sebati sehingga habis.
  • Bungkus doh tadi dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan ayam, bayam, bawang dan separuh keju.
  • Dalam mangkuk kecil, pukul telur, susu, mayonis, garam dan serbuk lada hitam/putih. Masukkan bancuhan ini ke dalam mangkuk besar tadi.
  • Kemudian, keluarkan doh pastri, dan leperkan doh menggunakan penggelek di atas papan yang ditabur tepung.
  • Gelek setebal 3-5mm dan pindahkan ke pan quiche. Kikis lebihan pastri menggunakan pisau atau tekan bucu pan menggunakan penggelek
  • Taburkan separuh lebihan keju tadi ke atas pan. Kemudian tuang campuran adunan pula.
  • Bakar quiche pada suhu 176.6 degree Celcius/ 180 selama 40-45 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan selama 15 minit dan bolehlah dipotong untuk dihidang
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN