Resepi asal dari majalah….diolah semula dan resepi asal guna chicken wing…tapi saya tukar pada burung puyuh…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puyuh Goreng Halia Lada Hitam

Resepi asal dari majalah….diolah semula dan resepi asal guna chicken wing…tapi saya tukar pada burung puyuh…..

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor burung puyuh(di belah dua dan perap dgn garam dan kunyit)
  • Bahan A(Hiris)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan lain
  • 2 biji lada merah/hijau besar (dipotong)
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam,gula(jika nak) dan perasa
  • Minyak utk mengoreng dan menumis
  • 1 sudu kecil lada hitam(jika suka lebih pun blh)
CARA PENYEDIAAN
  • Puyuh yg sudah diperap dgn garam dan kunyit digoreng.jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan
  • Panaskan dlm 1 sudu besar minyak, tumis bahan yg dihiris sampai naik bau.
  • masukan lada hitam, sos tiram, sedikit garam(jgn byk sbb puyuh dah masin) dan sedikit gula(jika mahu). Kacau sebentar
  • Kemudian masukkan puyuh dan lada besar,kacau hingga semua bahan tumis terpalik dekat puyuh itu. goreng serata
  • Masukan perasa, kacau lagi dan bila dah semua serata, tutup api dan blh dihidang kan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending