Sejenis roti.Sedap dimakan bersama lauk kari atau lauk asam pedas dan enak juga dimakan begitu saja.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Puri Kentang™

Sejenis roti.Sedap dimakan bersama lauk kari atau lauk asam pedas dan enak juga dimakan begitu saja.

BAHAN-BAHAN

  • 125 g kentang – rebus empuk dan lecek halus
  • 120 g tepung gandum (1 cawan rata)
  • 1 sk garam
  • 50 ml air hangat (10 sb)
  • secukup minyak masak untuk goreng terendam
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
  • Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
  • Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
  • Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
  • Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
  • Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
  • Siap untuk disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN