Puri Keledek

Pelbagaikan resepi puri yg sedia ada…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puri Keledek

Pelbagaikan resepi puri yg sedia ada…

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan keledek yg telak di lecek
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (lebih/kurangkan semasa menguli)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Untuk pencicah saya buat sambal bilis kisar. Bahan2nya :
  • Cili kisar ikut selera. Kalo nak pedas tambahkan cili padi (sambal ni lagi pedas lagi sedap)
  • 1 biji bawang besar **
  • 2 ulas bawang putih **
  • Segenggam ikan bilis
  • Asam jawa, garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tambahkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam keledek yg telah dilecek. Uli hingga menjadi doh yg tidak melekat.
  • Perap doh lebih kurang 30 minit. Tutup bekas doh dengan tuala ye supaya doh tak kering.
  • Sementara doh istirehat meh kita buat sambal pencicahnya dulu. Kalo nak buat sambal sadin ke, kari ayam or daging ke boleh aje…semua sedap!
  • Kisar bahan bertanda ** hingga halus, kemudian masukkan ikan bilis. Kisar sebentar sahaja. Pada yg suka halus pun boleh juga kisar aje laju2..
  • Tumiskan cili kisar hingga garing kemudian masukkan bahan2 yg dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan asam jawa, garam & gula secukupnya…ha dah siap. Meh kita lenyek doh puri tadi pulak ye…
  • Bahagikan doh kepada ketulan kecil. Saya buat 20 biji. Saiz x kisah. Kalo beso maka beso jugak la hasilnye :)
  • Panaskan minyak. Ambil seketul doh kemudian gelek hingga leper. Minyak dah panas tu apa lagi masukkan cepat. Pastikan api jgn terlalu kuat ye…slow motion sudah.
  • Tekan skit puri dgn senduk. Jangan kuat2 nanti lemas pulak. Bila dah mula menggelembung cepat2 jiruskan minyak atas puri sampai dia betul2 montel. Balik2kan…jgn sampai hangus…buat la sampai abis. Sekian :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago