Dessert yang sesuai untuk menunjukkan bakat memasak anda kepada kawan-kawan :). Lemak berkrim disukai ramai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pumpkin Pie

Dessert yang sesuai untuk menunjukkan bakat memasak anda kepada kawan-kawan :). Lemak berkrim disukai ramai.

BAHAN-BAHAN

  • Labu kuning dipotong dan rebus hingga lembut (setelah dilenyek menghasilkan 2 mangkuk – 1/2 biji labu bersaiz sederhana)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 10-12 keping biskut digestive (saya guna McVities – paket kecik pun dah cukup)
  • 3-4 sudu makan butter
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180 darjah.
  • Biskut digestive dihancurkan dan gaulkan dengan butter sehingga sebati. Tekan dan ratakan biskut tadi di dasar acuan kek springform.
  • Di dalam satu mangkuk, masukkan labu yang telah dilenyek. Campurkan susu pekat manis, telur, dan serbuk kayu manis. Kacau sebati. Rasa manisnya. Jika kurang manis, tambahkah gula yang 1/2 cawan tadi mengikut citarasa manis anda.
  • Tuangkan adunan labu kedalam acuan kek dan bakar selama lebih kurang 40 minit. Cucukkan dengan garpu jika garpu keluar bersih, pie sudah masak.
  • Pumpkin Pie lebih enak jika disejukkan dahulu sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan whip cream. Memang lazat.
  • ** NOTA: Acuan yg saya gunakan bersaiz 9 x 3 inci.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN