resepi dari majalah (tak ingat nama majalah)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Urap

resepi dari majalah (tak ingat nama majalah)

BAHAN-BAHAN

  • 600g beras pulut
  • garam secukup rasa
  • Bahan serunding:
  • 1 biji kelapa( parut bahagian putih sahaja)
  • minyak untuk menumis
  • 6 tangkai cili kering*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 1cm kunyit hidup*
  • 50g udang kering*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil ketumbar*
  • 50g gula melaka(kadang2 saya ganti dengan brown sugar)*
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam
  • Nota:kisar halus bahan yang bertanda *
CARA PENYEDIAAN
  • Pulut ditanak dengan air secukupnya bersama garam(jika 3pot beras, 3pot air @aras air tu sama ngan aras beras). Bila air kering, tutup periuk dengan daun pisang sebelum meletakkan penutupnya dan kecilkan api. Biar masak.(bila masak, kacau pulut tersebut). Biar seketika,siap.
  • Kelapa parut digoreng hingga kuning.
  • Tumis bahan yang dikisar sehingga garing. Masukkan kelapa goreng dan kacau hingga kering.
  • Pulut yang sudah dimasak dimasukkan ke dala acuan yang disukai(boleh guna acuan lompang). Bila siap semuanya, keluarkan dari acuan.
  • Golekkan pulut tadi ke kelapa hingga salut penuh. Siap dan hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN