Project Description

Bagaimana cara nak masak Pulut Inti Durian?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Inti Durian

Bagaimana cara nak masak Pulut Inti Durian?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 3 cawan beras pulut  (Dibasuh dan rendamkan) 
  • 3½ cawan santan  (½ biji kelapa) 
  • Sedikit garam 
  • Bahan B (Inti)
  • ½ biji kelapa muda (Diparut) 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan air 
  • 3 ulas durian 
  • 1 helai daun pandan  (Disimpulkan)
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak. Sejukkan. 
    2. Masukkan semua bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
    3. Ambil sedikit inti dan tekan ke dalam acuan kecil. 
    4. Kemudian ambil pulut dan tekan ke dalam acuan yang berisi inti tadi. 
    5. Terbalikkan ke dalam pinggan. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.