Pulut Bakar Kelantan, manis dan beraroma bunga cengkih

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Bakar

Pulut Bakar Kelantan, manis dan beraroma bunga cengkih

BAHAN-BAHAN

  • 500gm beras pulut (direndam semalaman)
  • 200gm gula
  • 300ml santan pekat
  • 5 biji halba
  • 1 sudu teh garam
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA PENYEDIAAN
  • Toskan pulut dan kukus hingga masak.
  • Masak santan, garam dan gula sekejap sehingga gula hancur. Masukkan halba dan bunga cengkih. Angkat dan sejukkan.
  • Apabila pulut masak, gaulkan dengan santan tadi.
  • Biarkan selama 4 – 5 jam supaya pulut menyerap santan tersebut.
  • Layur daun pisang diatas api dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Ambil acuan bebentuk ring atau boleh guna acuan egg benjol letak diatas daun pisang tadi. Letak pulut didalamnya dan tekan dengan padat. Bungkus dengan kemas.
  • Panggang diatas bara api atau menggunakan oven api atas dan bawah
  • Jgn konfius yer pulut bakar tak sama ngan pulut panggang, yang tu ada sambal ikan kat dalam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN