Masih resipi dalam simpanan. Memang suka buat ni bila buat rumah terbuka atau jemput orang makan-makan sebab cantik. Antara kegemaran suami dan anak-anak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Susu Buah-Buahan

Masih resipi dalam simpanan. Memang suka buat ni bila buat rumah terbuka atau jemput orang makan-makan sebab cantik. Antara kegemaran suami dan anak-anak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket serbuk agar-agar (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin koktel buah-buahan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  • Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  • Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan koktel buah-buahan.
  • Masukkan ke dalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN