Resepi simpanan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Seri Kaya Pisang

Resepi simpanan

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Puding:
  • 8 keping roti putih (potong dadu atau siat-siat kecil)
  • 3 biji telur (pukul hingga kembang)
  • 3 biji pisang ( di hiris serong setebal 1/2 roti putih)
  • 1 tin seri kaya ( 300g) – jika buat sendiri lagi best
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 11/2camt esen vanila
  • 500ml susu segar
  • sedikit garam
  • Bahan sos seri kaya:
  • 200ml susu segar
  • 50g gula
  • 2 biji telur
  • 2 camt esen vanila
  • sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar (170C)
  • Campurkan telur yang telah dipukul bersama seri kaya dan minyak, kacau rata.
  • Tambahkan susu, esen vanila n garam, kacau sebati.
  • Lanserkan loyang dengan sedikit minyak. Susunkan roti diikuti pisang berselang seli sehingga habis pastikan di atas sekali roti.
  • Tuangkan adunan tadi ke atas roti, dan biarkan sehingga adunan meresap ke dalam roti.
  • Bakar sehingga masak ( 45 minit)
  • * Untuk lebih berkhasiat bolehdi taburkan Oat atau nestum disetiap lapisan roti dan di atas sekali taburkan coklat rice..
  • Bahan sos
  • Pukul telur hingga hancur dan ketepikan. Panaskan susu dengan api kecil jangan mendidih.
  • Masukkan gula dalam susu hingga larut pastikan di kacau selalu.
  • Angkat sebentar dari api dapur masukkan telur kacau rata dan panaskan kembali di atas api (pastikan kacau tanpa henti agar tidak berketul sehingga agak pekat
  • Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Hidangkan bersama puding
  • Enak di makan sejuk sebagai minum petang. selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN