Resepi setiap hari raya (~_~)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Mama

Resepi setiap hari raya (~_~)

BAHAN-BAHAN

  • 1 bunguks agar-agar (37.5g)
  • 3.7 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan gula
  • 3 keping roti (lg bagus guna kulit roti)
  • 2 biji telur
  • 3 pewarna (sy guna pisang, rose & apple hijau)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan air dan agar2 ke dalam periuk. Panaskan dgn api yg perlahan sehingga agar2 larut.
  • Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga gula larut kesemuanya.
  • Sesudah di kacau sebati, keluarkan separuh dari agar2 tadi dan asingkan ke dalam 3 bekas berasingan. Lepas tu bolehla warnakan agar2 td ikut perisa kegemaran masing2 ye..sy guna perwarna rose, pisang dan apple hijau.
  • Setelah diwarnakan, tunggu agar2 keras dan dipotong dadu (seperti dalam gambar).
  • Sementara itu, gaul telur, susu cair dan roti dalam bekas.
  • Setelah sebati, campurkan kedalam baki agar2 di dalam periuk tadi.
  • Kacau hingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam bekas yg mengandungi agar2 colourful kita buat tadi.
  • Taraaaa!! puding roti dah ciap..tunggu keras dan boleh la potong ye..selamat mencuba =) sorry if x paham step. 1st time buat laporan,hihihi..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN