Mencuba kelainan dari puding jagung…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Lapis Kastard

Mencuba kelainan dari puding jagung…

BAHAN-BAHAN

  • 12 keping roti gardenia ( dibuang kulit dan di potong 4 bahagian)
  • 1 biji telur ayam
  • 1 tin susu sejat (400ml)
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 peket serbuk agar-agar jernih cap swallow and globe
  • 700ml air
  • 250 gram atau 3/4 cawan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Buangkan kulit roti, potong ikut suka. Untuk mudah, potong jadi 3 atau 4 bahagian.
  • Dalam mangkuk besar, pukul telur hingga kembang, masukkan susu sejat dan tepung kastard. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk dan jerangkan hingga mendidih. Kacau supaya gula mudah larut.
  • Apabila agar-agar sudah mendidih, masukkan tepung kastard tadi dan masakkan atas api sederhana/ kecil hingga pekat.
  • Tutup api dan alihkan periuk tadi.
  • Masukkan sedikit kastard tadi ke dalam bekas. Pastikan ianya rata dan nipis. Kemudian, susunkan selapis roti.
  • Selang-selikan susunan. Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan kastard.
  • Masukkan dalam peti sejuk.
  • Sedap dimakan apabila sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN