Sebagai pencuci mulut dan masakan mengambil masa 30 minit. Resepi ciptaan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Kismis

Sebagai pencuci mulut dan masakan mengambil masa 30 minit. Resepi ciptaan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping roti putih
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 penutup kecil esen vanila
  • 1/2 cawan kismis
  • Pewarna merah
  • Sedikit mentega untuk sapuan pada roti dan loyang pembakar
CARA PENYEDIAAN
  • Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega. Kemudian sapukan roti dengan sedikit mentega dan potong roti ikut suka. Susunkan roti di dalam loyang.
  • Panaskan susu segar jangan sampai mendidih. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan susu segar pukul sebati. Akhir sekali masukkan esen vanila.
  • Tuangkan adunan di dalam loyang. Biar seketika selama 10 minit sehingga roti kembang. Taburkan kismis di atas roti. Titikkan pewarna merah.
  • Bakar dengan api kecil dalam 20 minit sehingga masak. Puding ini boleh juga dikukus. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN