^.^ ni resipi dari mak angkat.. kalau tak tau nk buat ape dengan roti.. boleh laa cube.. sangat senang n sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding roti gula hangus

^.^ ni resipi dari mak angkat.. kalau tak tau nk buat ape dengan roti.. boleh laa cube.. sangat senang n sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 8 keping roti (boleh kurangkan kalau nak hasil yang lebih lembut. eira punya puding agak keras sebab guna banyak roti)
  • 6 butir telur
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula halus mengikut citarasa (utk blend)
  • 1 cawan gula halus (utk gula hangus)
  • sedikit susu pekat (mengikut citarasa)
  • sedikit esen vanilla
  • hiasan (mengikut citarasa)
CARA PENYEDIAAN
  • sediakan periuk pengukus. biar air mendidih.
  • sementara itu, buang tepi roti (yang hitam) dan jadikan roti (bhg putih) kepada cebisan yang agak kecil.
  • blend cebisan-cebisan roti tadi bersama telur, gula halus, susu, air dan esen vanilla sehingga halus. ketepikan dahulu..
  • kita move pada gula hangus pula. seperti biasa, panaskan gula hangus sehingga menguning. jangan hitam sangat.. nanti pahit.
  • matikan api, tambahkan air sedikit kepada gula hangus tersebut. Dengan pantas kacau air dan gula hangus tersebut supaya sebati. (hati2 sebab dia merecik sedikit)
  • tuang gula hangus tersebut sehingga rata ke dasar permukaan loyang. dan kemudian diikuti dengan kisaran roti.
  • kukus sehingga masak.. anggaran dalam 40~45.. tapi boleh juga check dengan menggunakan lidi seperti biasa…
  • ^.^ hehe.. itu je.. slamat mencube..!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN