Puding Roti Bakar Kukus

Masakan Kelantan, inovasi sendiri… cuba dulu baru tahu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Bakar Kukus

Masakan Kelantan, inovasi sendiri… cuba dulu baru tahu…

BAHAN-BAHAN

  • 1 plastik roti bulat (anggaran 8 biji roti) atau 3/4 plastik roti keping
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 5 cawan air masak suam
  • 3/4 cawan gula kasar
  • 4 biji telur (saiz sedang)
  • 3/4 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Kismis kering atau raisin secukup rasa
  • Secubit garam halus
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh susu pekat manis dengan air masak suam. Kacau hingga sebati.
  • Carik-carikkan roti secara kasar dan rendamkan roti itu ke dalam mangkuk yang berisi bancuhan susu tadi. Biarkan selama 10 minit.
  • Dalam mesin pengisar, masukkan susu cair, telur, gula kasar, esen vanila, secubit garam halus dan kisar sampai hancur kesemua bahan.
  • Sediakan loyang tanpa perlu menyapu margerin. Masukkan rendaman roti bersama-sama air bancuhan susu tadi, kemudian tuangkan bahan yang dikisar ke dalam loyang itu. Masukkan kismis kering atau raisin dan sedikit pewarna, ikut suka la warna apanya, gaul sebati perlahan-lahan hingga mesra warnanya.
  • Apabila suhu ketuhar sudah mencapai 180 darjah Celcius, barulah masukkan adunan roti tadi. Siap untuk dibakar selama 2 1/2 jam.
  • Kenapa dikatakan bakar kukus? Sebabnya, saya alaskan dulang pembakar dengan air semasa membakar roti dalam loyang tadi. Rasionalnya, supaya puding roti saya kekal lembut dan gebu walaupun dibakar. Nah…sebab itu puding roti ini namanya Puding Roti Bakar Kukus!!!! Cubalah…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago