Puding ini lebih kurang sama dengan yang Eton punya. Ada sikit bezanya, resipi dari seorang kawan baik – Dr. Fidza di Johor Bharu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Kastad Koktel Berkuah

Puding ini lebih kurang sama dengan yang Eton punya. Ada sikit bezanya, resipi dari seorang kawan baik – Dr. Fidza di Johor Bharu.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Puding:
  • 1 tin buah-buahan koktel (tak kira apa jenama)
  • 1 gelas tepung kastad
  • 6 gelas air (guna air dari koktel + air biasa)
  • 6 sudu makan gula
  • 6 sudu makan susu pekat
  • Bahan Kuah:
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 gelas gula
  • 1 biji telur
  • 1 helai daun pandan (atau 1 sudu teh pes pandan)
CARA PENYEDIAAN
  • UTK PUDING
  • Puding: Masukkan tepung kastad, air, susu pekat & gula ke dalam satu bekas. Kacau sehingga tepung & gula larut. Jangan biar berketul.
  • Lepas itu tapis & masukkan ke dalam kuali. Gunakan api yang sangat kecil, takut nanti hangus di bawah.
  • Kacau jangan berhenti. Bila hampir separuh masak, masukkan koktel telah ditoskan airnya.
  • Gaul lagi hingga pekat & berkilat. Kemudian angkat, masukkan ke dalam bekas & sejukkan.
  • Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais sehingga keras.
  • Kuah: Pukul telur, gula & susu cair dalam satu bekas.
  • Pukul telur, gula & susu cair dlm satu bekas.
  • Masukkan ke dalam periuk. Dengan api perlahan kacau bahan-bahan tadi jangan berhenti.
  • Masukkan daun pandan atau pes pandan ke dalamnya.
  • Bila sudah agak pekat, angkat & sejukkan.
  • Untuk makan, potong atau sendukkan sedikit puding, kemudian tuangkan kuah ke atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN