Puding Karamel Susu – Tanpa Telur

Resepi ini sangat senang dan tidak memerlukan telur.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Karamel Susu – Tanpa Telur

Resepi ini sangat senang dan tidak memerlukan telur.

BAHAN-BAHAN

  • 5 sudu makan gula *
  • 1/4 cawan air
  • 300 ml susu cair
  • 1 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu makan coffemate
  • Gula Secukupnya (ikut citarasa anda)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 6-7 tali sahaja agar-agar tali
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan karamel dengan masukkan gula dan air ke dalam kuali. Semua bahan yang bertanda * .
  • Hanguskan ia sehingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang (saya pilih loyang seperti bentuk puding di bawah). Sejukkan.
  • Untuk puding pula, masukkan agar-agar tali dan juga air ke dalam periuk. Biarkan ia sehingga agar-agar tadi hancur.
  • Kemudian masukkan susu cair,susu pekat,esen vanila,gula dan juga coffemate. Kacau hingga gula hancur dan mendidih (saya biarkan ia mendidih hampir 5 minit sambil sebatikan ia).
  • Kemudian tuangkan atas karamel yang telah dibuat tadi, dan masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian atas tempat ice cube) dalam tempoh 45 minit.
  • Kalau dah keras elok ,terbalikkan atas pinggan dan boleh dimakan atau letakkan di dalam peti ais (bahagian bawah, bukan tempat sayur yer).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago