Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Kuih Keria Gula Melaka yang sedap. kuih ni biasa disalut dengan gula pasir yang dicairkan. bahan utama untuk membuat kuih ni adalah Kaledek dan bila tak ada kaledek boleh gunakan ubi kayu dan agar keria lebih sedap jangan taruh terlebih tepung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Kuih Keria Gula Melaka yang sedap. kuih ni biasa disalut dengan gula pasir yang dicairkan. bahan utama untuk membuat kuih ni adalah Kaledek dan bila tak ada kaledek boleh gunakan ubi kayu dan agar keria lebih sedap jangan taruh terlebih tepung.

BAHAN-BAHAN

  • 700 Gram kaledek kaler oren
  • 1 cawan gula melaka – hiris
  • 1 camca teh penuh baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan air
  • garam secukupnya
  • 1 camca besar gula pasir
CARA PENYEDIAAN
  • mula-mula kupas kulit kaleder kaler oren kemudian potong menjadi kiub besar dan rebus kaledek. masukan garam dan biarkan hingga empuk. toskan dan lecek hingga halus. selepas tu biarkan sekejap hingga suam.
  • baking powder dengan tepung gandum dan masukan kedalam kaledek yang telah di lecek tadi. gaul sebati hingga adunan lembut kemudian ketepikan.
  • sediakan dulang dan alas dengan plastik bersih, ambil sedikit adunan tadi bulat-bulatkan dan tekan sedikit biar leper. untuk membuat lubang ditengahnya cucukan dengan jari dan kemaskan dan taruh diatas dulang tadi.
  • panaskan minyak dalam kuali agar cukup untuk menggoreng terendam dan goreng kuih keria sampai keemasan. bila sudah masak angkat dan toskan minyak.
  • dalam kuali tadi keluarkan semua minyak dan masukan gula melaka bersama air dan gula pasir. gunakan api sederhana dan kacau hingga gula larut. biarkan memasak hingga gula berwarna pekat dan berbuih.
  • masukan kuih tadi ke dalam gula larut dan gaul hingga larut. masa ini kuih keria akan melekat-lekat tapi takpe. terus memasak hingga gula meresap ke dalam kuih keria.
  • akhir sekali, terus memasak dengan api kecil dan bila kuih telah kering bolehlah matikan api dan angkat dan pisah-pisahkan kuih yang melekat tadi dan biarkan hingga sejuk. bila sudah sejuk kuih keria siap dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago